Tempat menarik Ineh

Jeram Papan

Merupakan kawasan perkelahan dan perkhemahan yang terletak 7 km dari Kampung Batu, Rembau ke Inas atau 12 km dari Kuala Johol ke kampung Batu.

Pada masa dahulu sebelum kawasan ini dijadikan tempat beriadah adalah tempat tentera menjalani latihan. Kini kawasan ini telah disediakan kemudahan asas seperti bilik air, surau dan gerai jualan.

Lubuk Bunga

Terletak di kampung Dingkir antara kawasan yang popular di Inas. Meskipun jauh sedikit dari jalan utama tetapi tidak menghalang kepada pengunjung yang berminat untuk berkelah atau berkhemah, mungkin kerana suasana yang tenang dan airnya yang jernih. Jarak antara jeram Papan ke Lubuk Bunga lebih kurang 8 km.

Pada masa dahulu Lubuk Bunga ini adalah kawasan empangan kecil bagi mengalirkan air kesawah seluruh kampung Inas, tetapi kini tidak lagi digunakan oleh kerana tanaman padi yang terakhir dibuat tahun 1990. Selepas itu kebanyakan tanah sawah dijadikan kebun sayur dan ada yang membina rumah. Lubuk bunga ini juga terkenal dengan lagenda penubuhan kampung Inas.

Jeram Angin

Kawasan yang sesuai untuk mencuba aktiviti yang lebih mencabar seperti 'river tracking'.